Monday, August 23, 2010

Tak Tido lagi..



Dah awal pagi..2.05 am tapi tangan masih sibuk nak menekan keyboard. Excited pulak nk update blog. Selalu tak macam ni. Sedangkan esok tugas harian menanti..buku ringkasan belum lagi terusik..Ya Allah lagho nya aku hari ni..Tapi mood nk sentuh buku tu pun takde. Boringla... mencari teman tuk bercerita..tapi siapa? Rasanya sekarang dah tak macam dulu. Kawan semua dah punya kehidupan sendiri. Nak ke depa dengar chot chet aku ni..Lagi pun xde ape nk diceritakan. Setakat base-basi aktiviti seharian.

Betul kata pujangga ke syair ke ape2 je la.. Mengharap pada bunga akan layu, mengharap pada bulan akan hilang, mengharap pada manusia akan mati..Dan sesungguhnya yang kekal itu hanyalah Allah. Ya Allah letakan hatiku sentiasa mengingatiMu..Jauhkan aku dari keresahan yang berpanjangan dan peliharalah aku dalam rahmatMu ya Allah..

13 Ramadhan 1431H
2.14am

p/s: Allah berfirman, "Ingatlah aku ,nescaya aku akan mengingatimu"..Sesungguhnya Allah S.W.T maha pengasih lagi penyayang. Dia tak pernah lupakan hambaNya. Tetapi, kita lah sebagai hamba yang selalu lupa padaNya..especially bab SOLAT...Astagfirullahala'zim..

No comments: