Monday, December 24, 2007

Penyakit hati dan Muzik..

Hati Ini...

Kadang-kadang kita akan rasa oh hidup ini sangat seronok semua mudah,semua cukup..tapi kadang-kadang kita mengeluh kenapa hidup ini terasa sangat kosong,susah dan tak ada perasan langsung...

Sebenarnya hati ini...adalah kunci kehidupan kita.Naik turun iman kita la yang menguasai perasaan dan dalaman kita..Rasulullah S.A.W dah bagitau banyak hadis mengenai hati...jika baik hati ini,maka baikla keseluruhan akhlak dan peribadi seseorang tu..

Hati ini...boleh diserang banyak penyakit.Bukan setakat sakit fizikal yang kita sll dengar,tp sakit dalaman tu yang paling banyak dan paling kita tak sedar...tau2 je dh parah dan memerlukan terapi yang serius.Antara penyakit hati yang biasa sangat berlaku adalah Hubbud Dunia...Cintakan Dunia...Apabila hati ni terlalu mencintai keduniaan,manusia akan ghairah mengejar dan mencari kemewahan,kekayaan dan taksub pada dunia.Taksub ni macam2...kita terlalu memikirkan mcm mn nk hidup selesa dan senang kat dunia ni...Berdasarkan teori Maslow,kita ada tingkat2 keperluan dalam hidup..makan,tempat tinggal,pakaian adalah yang paling penting.Desire atau kemahuan lain seperti hiburan adalah yang paling rendah dan hampir tidak perlu...tapi sesiapa pun yang baca pendapat ni mst tak setuju bila hiburan itu dikatakan tidak prlu.Sbb kita sudah lama menjadikan hiburan itu satu keperluan yang sangat penting dalam hidup kita.Sampai ada yang rasa akan mati kalu tak berhibur.Itula penyakit hati yang kita tak sedar...melebihkan hiburan dan membiarkan hati taksub kepada keduniaan...

Kita mungkin akan rasa tenang dengan mendengar dan menghayati muzik,tapi ketenangan itu pasti bersifat sementara....sbb Allah yang telah menciptakan kita dan telah memberitahu kita "Hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang"...bukan dengan dok layan hiburan...

Raihan menyampaikan nasyid..."berhibur tiada salahnya,kerana hiburan itu indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..."
Memang betul...berhibur sebenarnya betul tapi berpada2,bersederhana....Wasotiah kalau dalam pengajian islamnya dan hiburan itu juga berunsur mengingati tuhan bukan cinta2 mengarut pasal dunia...bukan nada terkinja2 macam beruk,macam muzik hip hop,rock,pop dan sebagainya yang ada sekarang...itula maksud saya...

Jagalah hati ini...sbb hati ni pandai bercakap bila kita di alam akhirat nanti...hati ini akan sampaikan kepada penciptanya bagaimana kita menjaganya..berpenyakit ke,berkudis buta ke...bersihkan la hati ini dengan amalan2 soleh ikhlas kepada Allah...kerana hanya itu yang akan memberikan kita ketenangan bukan sahaja di dunia tapi insyaAllah kekal diakhirat kelak...perkara akhirat memang perkara Ghaib yang sesiapa pun tak tahu...baik imam masjidilharam ke,bomoh besar satu dunia ni ker...semua orang pun takkan tahu melainkan yang maha Agong,yang maha kuasa iaitu Allah S.W.T.Oleh itu kita kena pasrahkan semua amalan kita kepadanya...mudah-mudahan diterima dan menjadi syafaat atau penolong kita di sana kelak...wallahua'lam

Thursday, April 26, 2007

Pulang ke pangkuan keluarga...

alhamdulillkah sekarang aku dh sampai kat umah.sesuatu yang paling
indah bila semua orang menanti2 kepulangan aku...hehehehe.ape lagi
makan pun sakan selama seminggu nih.mak masak macam2...cuma satu jer
lagi yang belum dapt...nak mium air tebu.ermmm tak pe la lama lg kat
rumah tercinta nih...ermmm barula aku dapat rasa sekarang maksud
peribahasa home sweet home...rumah ku syurga ku....

Saturday, March 10, 2007

Final presentation...

inilah saat paling getir dalam menempuh hari-hari terakhir di UMS.Minta tolong semua orang mendoakan kemenangan aku dalam menyampaikan hasil terbaik unutk presentation tahun akhir ni...3D animation short story...speacial thanks to all my siblings, my lovely parent and friends. Allah menguji aku dalam setiap perkara, namun aku yakin Allah sedang mengatur yang terbaik untuk aku...Allah is The Best planner...Ya Allah bantulah aku dalam menguatkan semangat dan iman ku agar tidak mudah patah dan tumbang bila dilanda arus ujian dan masalah yang kau berikan untuk menjadikan aku insan yang kuat dan sabar...Amin...

Wednesday, February 28, 2007

Palapes ku sayang...

Start minggu lepas 21 feb 07,lps mak balik semula ke semanajung slps bercuti tgk aku kat cni,aku trus lapor diri untuk training palapes.Latihan menembak pistol browning 9mm.Apa yang menyedihkan dalam menghadapi ujian training yang padat biasala ada sedikit salah2 faham dengan rakan seperjuangan.Tak tau mana silapnya skrg smua org dh takde manner.takde sikap tolak ansur dan nilai2 murni tu seolah2 dah reput dimakan anai2.semua kerja yang dilakukan takde sifat ikhlas langsung dalam diri.semua nak ungkit.Ingatlah sebagai manusia kita hanya sementara je kat bumi yang fana ni...selebihnya kita akan kekal dalam alam akhirat.maka oleh itu persiapkanlah diri dengan bekalan yang cukup untuk kesana.kalau nak harapkan pahala solat,puasa dan ibadah fikah yang lain tak mungkin dapat menampung dosa kita yang terlampau banyak lagi2 bila dah hidup lebih 20 tahun ni.jadi apa yang perlu kita buat?amalan baik dengan sifat ikhlas la yang akan banyak membantu kita.Sebanyak2 pahala adalah pada akhlak yang mulia bukan solat yang cukup je tapi dengan sesama manusia saling mengumpat,tak puas hati,bergaduh,caci mencaci,gunakan perkataan yang kesat dan macam2 lagi la.So moral of the story,insaflah...masa masih ada dan blum terlambat...k geng.wasalam...

Friday, February 16, 2007

dah balik....dr k.kinabalu

Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna dari menerima redha dan pertolongan Allah..bukan susah nak jadi susah dan bukan senang nak jadi senang.Terima kasih byk2 pada kak fun dan ama yang banyak menolong aku masa kat KK 2 hari kelmarin.balik ni nak kena siapkan animasi 3D kucing sampai habis.semua idea adh ada.tinggal aku yang kena bergerak sebagai seorang yang betul2 rajin dan nekad.ahad ni mak datang...huhuhuhu...semua macam mimpi.Ya Allah ampunkanla dosa2 ku dan berikanlah aku rahmat dan syafaatmu...Amin

Tuesday, February 13, 2007

Melancong ke Kota Kinabalu

Actually bukan melancong pun...tapi ke KK nk jumpa kak Fun untuk tlg ajarkan 3D.Final project yg sangat menakutkan untuk difikirkan.Tapi insyallah semua akan berjalan seperti yang dirancangkan.Minggu depan dah nak kena hantar report.Kepada kawan2 seperjuangan jgn putus kan usaha dan harapan..try hard and u will find the result...in that time i feel like flying without wing when everything is finish...tak sabar nk tunggu time tu...Ya Allah berkatilah usaha ku dan kau limpahkanlah rahmat ke atas kami yang sedang berjuang menyiapkan projek ni...Amin.

my pitcure

Friday, February 9, 2007

Dinner bersama mentor dan mentee

Seronoknyer...hehehe malam ni pukul 7.00 ade makan bersama mentor.program yang ntah tak tau ape kebaikannya tp okla...yang penting makan..hehehehe skrg nih nk g balik tukar nbaju dulu pastu ape lagi g melantakla.mmg dari pagi tak makan benda yang heavy lagi.setakat makan meggi jerrr...huhuhu...k selamat makan.ape aktiviti nk buat pun lantakla.yang penting ikut jer.kite mestila support ssil kan?heheheh...nada baikla plak.

Thursday, February 8, 2007

Oo Allah protect me from the fire


huhu..strugle buat projek

Huhu...dah beberapa minggu kami ber 6 duk kat bilik projek ni.setelah bersusah payah buat permohonan dengan surat sana sini.last2 dekan bagi guna bilik projek bomba dulu...aku buatla 3D ngan qem.tak taula blh siap ke tak...suspen btul.aku n qem kami saling tolong la...kak awin pun ade.tq to smua...semoga projek ni cpt berakhir....huhuhuhuuhuhuh...