Sunday, September 12, 2010

Salam Aidilfitri..Berita mengejutkan..huh


Aidilritri kali ni memang meriah..hehe..rasanya tiap2 tahun pasti meriah asalkan dapat bersama keluarga kan? Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk menikmati keseronokan hari raya. Ermm..tetapi memang berita mengejutkan bila raya tahun ni digemparkan dengan kes kehilangan jutawan Datuk Sosilawati pengasas kosmetik Nouvelles Visage yang dikatakan mengadakan urusan jual beli tanah di Banting. Huh hangat jugak banting tempat kelahiran aku nih. Hari tu masa puasa ada perompak mati kena tembak pun di Banting..Ermm tak pasal2 glamor Banting ni. Ya Allah...lebih terperanjat lagi berita hari ni 4 orang yang hilang bersama jutawan tu difahamkan telah dibunuh dan dibakar di Tanjung Sepat, Banting. Kesian nya...Ish..semakin kejam orang2 sekarang nih. Apalah motif jenayah nih? Hanya Allah lah yang maha mengetahui..Ya Allah lindungilah aku dan keluarga dari orang2 yang kejam macam diorang nih...


Dah hari kedua raya, rasanya tetamu tahun ni berkurang..Aku pulak belum lagi keluar beraya bersama kawan2. Tak pe la cuti aku lama lagi..hehe..esok lusa pun boleh berjalan lagi. Selamar hari raya semua..Maaf Zahir dan Batin...




Tuesday, August 31, 2010

Indonesia nih kenapa?

Subhanallah...Ya Allah sabarkanlah hati ini? Kenapa rakyat Indonesia, kamu memusuhi Malaysia? Sedarkah kita berjiran sudah banyak kami membantu anda..ya saya juga tidak menafikan kamu juga banyak membantu kami di Malaysia. Jadi mengapa nak bermusuh? Kenapa mesti guna kekerasan dan melampau. Apakah perasaan anda jika negara anda dimusuhi oleh negara lain dengan serius seperti mana anda lakukan sekarang? Tiada kebaikan malah tercetus penderitaan bagi yang dizalimi dan kesan2 kepada permusuhan tu nanti. Berfikir dan berfikirlah lagi..Saya mohon jangan berkasar. Gunakan diplomatik dan perbincangan. Apa sebenarnya yang kamu semua mahukan? Tidak keterlaluan saya katakan, Allah maha adil dan saksama...Jika kamu semua memulakan permusuhan kami tidak ingin membalas dengan kejahatan tetapi kami tawakal dan serah kepada Allah supaya yang zalim akan menerima balasan..Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Friday, August 27, 2010

Exam esok..huh debaran..


Ya Allah..esok ada 3 paper lagi nk kena jawab..Dah bersedia ke? Ermm..belum lagi. Terutamanya paper Arabic Language 1. Ya Allah, permudahkanlah...Malam ni nak hafal insyak. Apa pun yang keluar esok, aku nak hafal insyak tajuk "اسرتي" jugak. Minta2 lah berkat ramadhan ni betul2 tajuk insyak tu yang akan keluar. Kawan-kawan..Good Luck ye..Sama-sama kita teruskan perjuangan... Jangan lupa berdoa..

Thursday, August 26, 2010

Hah..2 Bulan mlm 27 Ogos nih??

Aku credit dari email yang dihantar oleh Yahoo Group Ingatan~~

Tak tahulah kesahihannya..tapi Allah itu maha berkuasa dan jika Dia berkehendak mudah sahaja bagiNya. Apa pun bukan 2 bulan tapi planet Musytari yang berada dekat dengan bumi pada waktu itu. Bawah ni lebih clear rupa bentuknya...nak tahu betul ke tak..tgu malam tu kita tgk...Kalau tak silap malam sabtu nih..