Monday, December 24, 2007

Penyakit hati dan Muzik..

Hati Ini...

Kadang-kadang kita akan rasa oh hidup ini sangat seronok semua mudah,semua cukup..tapi kadang-kadang kita mengeluh kenapa hidup ini terasa sangat kosong,susah dan tak ada perasan langsung...

Sebenarnya hati ini...adalah kunci kehidupan kita.Naik turun iman kita la yang menguasai perasaan dan dalaman kita..Rasulullah S.A.W dah bagitau banyak hadis mengenai hati...jika baik hati ini,maka baikla keseluruhan akhlak dan peribadi seseorang tu..

Hati ini...boleh diserang banyak penyakit.Bukan setakat sakit fizikal yang kita sll dengar,tp sakit dalaman tu yang paling banyak dan paling kita tak sedar...tau2 je dh parah dan memerlukan terapi yang serius.Antara penyakit hati yang biasa sangat berlaku adalah Hubbud Dunia...Cintakan Dunia...Apabila hati ni terlalu mencintai keduniaan,manusia akan ghairah mengejar dan mencari kemewahan,kekayaan dan taksub pada dunia.Taksub ni macam2...kita terlalu memikirkan mcm mn nk hidup selesa dan senang kat dunia ni...Berdasarkan teori Maslow,kita ada tingkat2 keperluan dalam hidup..makan,tempat tinggal,pakaian adalah yang paling penting.Desire atau kemahuan lain seperti hiburan adalah yang paling rendah dan hampir tidak perlu...tapi sesiapa pun yang baca pendapat ni mst tak setuju bila hiburan itu dikatakan tidak prlu.Sbb kita sudah lama menjadikan hiburan itu satu keperluan yang sangat penting dalam hidup kita.Sampai ada yang rasa akan mati kalu tak berhibur.Itula penyakit hati yang kita tak sedar...melebihkan hiburan dan membiarkan hati taksub kepada keduniaan...

Kita mungkin akan rasa tenang dengan mendengar dan menghayati muzik,tapi ketenangan itu pasti bersifat sementara....sbb Allah yang telah menciptakan kita dan telah memberitahu kita "Hanya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang"...bukan dengan dok layan hiburan...

Raihan menyampaikan nasyid..."berhibur tiada salahnya,kerana hiburan itu indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah..."
Memang betul...berhibur sebenarnya betul tapi berpada2,bersederhana....Wasotiah kalau dalam pengajian islamnya dan hiburan itu juga berunsur mengingati tuhan bukan cinta2 mengarut pasal dunia...bukan nada terkinja2 macam beruk,macam muzik hip hop,rock,pop dan sebagainya yang ada sekarang...itula maksud saya...

Jagalah hati ini...sbb hati ni pandai bercakap bila kita di alam akhirat nanti...hati ini akan sampaikan kepada penciptanya bagaimana kita menjaganya..berpenyakit ke,berkudis buta ke...bersihkan la hati ini dengan amalan2 soleh ikhlas kepada Allah...kerana hanya itu yang akan memberikan kita ketenangan bukan sahaja di dunia tapi insyaAllah kekal diakhirat kelak...perkara akhirat memang perkara Ghaib yang sesiapa pun tak tahu...baik imam masjidilharam ke,bomoh besar satu dunia ni ker...semua orang pun takkan tahu melainkan yang maha Agong,yang maha kuasa iaitu Allah S.W.T.Oleh itu kita kena pasrahkan semua amalan kita kepadanya...mudah-mudahan diterima dan menjadi syafaat atau penolong kita di sana kelak...wallahua'lam