Monday, August 23, 2010

Kenapa Ustazah Marah?

Suatu hari, anak murid aku bertanya kenapa ustazah marah? Dalam suasana yg hiruk pikuk tu ade pulak yang bertanya..ni hati dh panas ni. (Dlm hati..korang la bising sgt. nakal tak dengar kata..) tetapi tetiba ilham datang dengan cahaya...Alhamdulillah tutur aku kembali disusun tidak hanya mengikut perasaan..

"Ustazah Marah kerana sayang"aku jawab.

"Tapi saya tak rasa pun ustazah sayang. Kalau sya marah kawan2 kerana saya geram dan benci" Dia balas.

Tetiba terasa sesuatu mengetuk kepala aku. Adakah sebenarnya mereka ini tidak faham kenapa aku marah? Berbuih2 aku membebel mereka mendengar dengan rasa diri dibenci? Ya Allah apa yang dh aku buat nih?

Terus aku perlahankan suara...menerangkan cerita Nabi Yunus yang pernah ditelan ikan Nun kerana berbuat kesilapan iaitu lari dari umatnya. Mereka mendengar dengar khusyu'.

Aku terangkan bahawa nabi adalah insan mulia pilihan Allah yang juga berbuat kesilapan..tetapi Allah tegur dengan membiarkan Nabi Yunus dibuang ke laut dari kapal yang dinaikinya untuk melarikan diri. Kemudian membiarkan lagi Nabi Yunus terperangkap dalam perut ikan Nun yang gelap selama beberapa bulan dan tahun. Kemudian aku bertanya balik pada mereka.

"Adakah Allah marah kepada Nabi Yunus dan membencinya apabila dibiarkan sengsara?"

Mereka garu kepala tetapi tetap berkata TIDAK..Dalam hati aku. Subhanallah..mudahlah aku terangkan natijahnya..

Terus aku menghabiskan cerita Nabi Yunus memohon ampun kepada Allah atas kesilapannya. Lalu Allah membebaskan Nabi Yunus di pesisir pantai. Itulah anak2 murid sekalian..Allah marah bukan kerana benci tetapi Allah marah kerana sayang...Allah tidak mahu Nabi Yunus terus melakukan kesilapan. Oleh itu dia ditegur...

Fahamkah kamu..begitu jugalah kasih sayang ustazah..marahkan kamu kerana sayang. Ustazah tidak mahu kamu terus dalam kelalaian. Maka ustazah marah dan tegur kamu.

Alhamdulillah kini mereka semakin memahaminya..Moralnya, kepada ibu bapa dan kawan2 sekalian, marahlah anak2 tetapi jangan biar mereka tidak faham kenapa kita marah...

1 comment:

ain shalalala said...

wah..marah2 sayang gtu..

btl2..jgn marah sembrono je..nnt xpsl2 budak2 memberontak.