Wednesday, August 25, 2010

Kerjaya Impian

Semalam tetiba je buka laman web JAIS ada iklan Jawatan kosong Guru DGA29(Kontrak). Ya Allah, terus aku teruja nak download. Seronoknya kalau dapat yer..getus dalam hati. Kenapa seronok sangat nak jadi guru? Ayat makcik aku lagi hebat.."Belajar tinggi-tinggi sampai ke Sabah jadi guru fardhu ain je?" Errmm..apa nak buat itulah aku. Seorang guru fardhu ain di SRA Kg Endah.
Buat makcik ku..

Acik, saya nak jadi guru fardhu ain kerana cita-cita saya memang nak jadi guru. Bukan gaji besar yang saya harapkan tapi kepuasan jiwa melihat seseorang berjaya. Kenapa jadi guru sesuatu yang perlu direndah-rendahkan? Bukankah seorang Perdana Menteri itu hebat berhujah kerana ilmu yang disampaikan oleh guru..Bukahkah akauntan yang berjaya itu belajar kira-kira dari seorang guru..bukankah doktor yang pakar itu boleh merawat kerana ilmu yang ditimba dari seorang guru..Justeru bukankah tinggi darjat seorang guru?


Raya 2009 - Murid pertama 38 orang


Ya Allah jika kau izinkan, abadikanlah aku sebagai seorang guru hingga ke akhir hayatku. Kau permudahkanlah aku menyampaikan kalamMu, ilmuMu dan pengertian Islam yang sebenar kepada anak-anak muridku. Mudahkanlah mereka menerima apa yang aku sampaikan dan berkatilah, rahmatilah kami ya Allah..Amin ya Rabbala'lamin...


Anak-anak muridku sekarang....28 orang. Putih bersih ibarat kain. Ya Allah ajarkan aku, supaya aku bisa mencorakkan mereka kepada akhlak sebenar seorang muslim.

2 comments:

ain shalalala said...

manusia..selalu pk sempit..asal belajar tinggi, keje mesti besar..huhuhu..lumrah ima..xpe..asalkan kita sendiri tahu nawaitu kita apa..dun worry ;)

ima said...

TQ yong...