Tuesday, August 31, 2010

Indonesia nih kenapa?

Subhanallah...Ya Allah sabarkanlah hati ini? Kenapa rakyat Indonesia, kamu memusuhi Malaysia? Sedarkah kita berjiran sudah banyak kami membantu anda..ya saya juga tidak menafikan kamu juga banyak membantu kami di Malaysia. Jadi mengapa nak bermusuh? Kenapa mesti guna kekerasan dan melampau. Apakah perasaan anda jika negara anda dimusuhi oleh negara lain dengan serius seperti mana anda lakukan sekarang? Tiada kebaikan malah tercetus penderitaan bagi yang dizalimi dan kesan2 kepada permusuhan tu nanti. Berfikir dan berfikirlah lagi..Saya mohon jangan berkasar. Gunakan diplomatik dan perbincangan. Apa sebenarnya yang kamu semua mahukan? Tidak keterlaluan saya katakan, Allah maha adil dan saksama...Jika kamu semua memulakan permusuhan kami tidak ingin membalas dengan kejahatan tetapi kami tawakal dan serah kepada Allah supaya yang zalim akan menerima balasan..Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Friday, August 27, 2010

Exam esok..huh debaran..


Ya Allah..esok ada 3 paper lagi nk kena jawab..Dah bersedia ke? Ermm..belum lagi. Terutamanya paper Arabic Language 1. Ya Allah, permudahkanlah...Malam ni nak hafal insyak. Apa pun yang keluar esok, aku nak hafal insyak tajuk "اسرتي" jugak. Minta2 lah berkat ramadhan ni betul2 tajuk insyak tu yang akan keluar. Kawan-kawan..Good Luck ye..Sama-sama kita teruskan perjuangan... Jangan lupa berdoa..

Thursday, August 26, 2010

Hah..2 Bulan mlm 27 Ogos nih??

Aku credit dari email yang dihantar oleh Yahoo Group Ingatan~~

Tak tahulah kesahihannya..tapi Allah itu maha berkuasa dan jika Dia berkehendak mudah sahaja bagiNya. Apa pun bukan 2 bulan tapi planet Musytari yang berada dekat dengan bumi pada waktu itu. Bawah ni lebih clear rupa bentuknya...nak tahu betul ke tak..tgu malam tu kita tgk...Kalau tak silap malam sabtu nih..



Malam yang lebih baik dari 1000 bulan